Jerman impi trofi Euro 2024

Voller. Foto Agensi
Voller. Foto Agensi
A
A
A

JUARA Piala Dunia 2014, Jerman memasang impian besar untuk menjuarai Euro 2024 di hadapan peminat sendiri apabila kejohanan berprestij Eropah itu dijadual bermula pertengahan Jun ini.

Pengarah Teknikal skuad Jerman, Rudi Voller menaruh sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih, Julian Nagelsmann untuk mengemudi pasukan kebangsaan itu meraih kejayaan.

Biarpun disingkirkan pada peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2018 dan 2022, mereka tetap optimis dengan sasaran tersebut.

Ia susulan aksi memukau Jerman ketika perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.

“Kami sangat yakin dengan kemampuan pasukan menerusi dua perlawanan sebelum ini.

“Kami mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah. Jadi kami harus menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menjulang trofi di rumah kami sendiri," ujar Voller.

Jerman cemerlang dalam dua aksi persahabatan pada Mac lalu apabila menumpaskan Belanda 2-1 dan mengalahkan Perancis 2-0.

Pasukan tuan itu akan membuka tirai kejohanan menentang Scotland di Allianz Arena pada 15 Jun.

Artikel Berkaitan:

Jerman yang diundi dalam Kumpulan A akan turut membuat perhitungan dengan Hungary dan Switzerland.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!