Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh

Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu pada Isnin. Foto Reuters
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu pada Isnin. Foto Reuters
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal yang melanda pesisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India.

Sehubungan itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini, mematuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi seperti berikut:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI DHAKA

Alamat: House No. 19, Road No. 6, Baridhara Diplomatic Enclave, Dhaka

No. Telefon: 88 018 4179 8077

Emel: mwdhaka@kln.gov.my

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI

Artikel Berkaitan:

Alamat: 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi

No. Telefon: 91 859 5550594

Emel: mwdelhi@kln.gov.my

Sebelum ini media melaporkan, angka korban akibat siklon yang melanda kawasan rendah di Bangladesh sejak Ahad lalu meningkat kepada 10 orang, manakala lebih 30,000 buah rumah musnah dan puluhan ribu lagi rosak.

Beribu-ribu isi rumah, ladang udang dan empangan perlindungan sungai dinaiki air dan turut terjejas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal yang melanda pesisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India. Sehubungan itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini, mematuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan. #SinarHarian#SinarTerkini#Bencana#India#Malaysia#SiklonRemal original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!