Amalan kerohanian, hormat guru rahsia pelajar cemerlang 11A

Naqeeb dan Aisyah menunjukkan keputusan SPM yang diperoleh pada Isnin.
Naqeeb dan Aisyah menunjukkan keputusan SPM yang diperoleh pada Isnin.
A
A
A

SEREMBAN - Mengamalkan doa khas setiap kali selepas belajar menjadi amalan Aisyah Ahmad Hawari yang memperoleh 11A dalam SPM 2023.

Malah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said itu turut memberi perhatian kepada aspek kerohanian lain seperti membaca Yasin dan Al-Mathurat yang dapat membantunya belajar dengan lebih tenang.

"Selepas selesai sesi pembelajaran, kami akan baca doa khas yang bukan saja untuk diri sendiri tapi juga untuk mendoakan guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik kami dengan baik.

"Kalau rasa resah, saya akan buat solat hajat memohon bantuan daripada ALLAH dan ia membuatkan saya lebih tenang untuk belajar," katanya yang merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya.

Aisyah yang merupakan anak kepada pasangan doktor berkata, mengulang kaji pelajaran dengan memberi tumpuan di dalam kelas dan banyak membuat latihan antara aspek yang turut perlu diberi perhatian.

Naqeeb Yusuf Yasni yang juga memperoleh 11A turut bersetuju yang kepentingan setiap pelajar untuk memberi perhatian terhadap aspek kerohanian.

"Kami akan mengadakan solat hajat setiap minggu dan bacaan Yasin kerana bagi saya selepas kita berusaha bersungguh-sungguh, kita bertawakal kepada ALLAH.

"Tapi pentingnya, kita juga perlu berusaha dan kawan-kawan sebenarnya banyak membantu memberi semangat untuk belajar terutama apabila saya hilang semangat," dedahnya.

Artikel Berkaitan:

Dia yang bercita-cita menjadi doktor pakar kulit turut berpendapat, rahsia kejayaan terbesarnya adalah menghormati dan sentiasa mendampingi guru.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!