Permohonan pinjaman pelajaran Mara lepasan SPM dibuka

Tangkap layar hanraran Asyraf Wajdi di Facebook pada Isnin (kiri) dan Asyraf Wajdi
Tangkap layar hanraran Asyraf Wajdi di Facebook pada Isnin (kiri) dan Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Permohonan pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara) mula dibuka hari ini bagi pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin menyambung pengajian.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, permohonan itu bagi golongan yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara terpilih.

“Maklumat lanjut mengenai program Pembangunan Bakat Muda (YTP) lepasan SPM 2023 boleh didapati di laman sesawang Mara.

“Permohonan secara dalam talian dibuka bermula hari ini iaitu 27 Mei hingga 10 Jun depan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah pemohon atau salah seorang ibu dan bapa bertaraf Bumiputera serta warganegara Malaysia.

Had umur pemohon pada 31 Disember tahun ini tidak melebihi 20 tahun dan tidak menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan agensi bagi peringkat pengajian sama.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 11,713 daripada 373,525 calon SPM memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan memaklumkan, secara keseluruhannya pencapaian calon SPM 2023 lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, nilai GPN kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!