[VIDEO] Penganggur mengaku pukul bapa dengan kerusi

A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Isnin atas pertuduhan mencederakan bapa kandungnya dengan sebuah kerusi, minggu lalu.

Tertuduh, Ahmad Zikri Harun, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bapanya berusia 74 tahun dengan sebuah kerusi plastik yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang mungkin menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam Batu 3, Jalan Kuala Rui, Gerik pada jam 8 malam, 23 Mei lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan memohon safu tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan perubatan serta menawarkan jaminan sebanyak RM6,000.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan bapa dengan sebuah kerusi plastik, minggu lalu.
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan bapa dengan sebuah kerusi plastik, minggu lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan selain memaklumkan mempunyai penyakit sawan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Media melaporkan seorang lelaki warga emas cedera di bahagian kening selepas terkena hayunan kerusi ketika bertengkar dengan anaknya dalam kejadian di Jalan Kuala Rui, Gerik, Khamis lalu.

Kejadian sekitar jam 8 malam itu berlaku apabila suspek berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wangnya berjumlah RM1,500.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!