Kongsi Ceria #KitakanJiran santuni kanak-kanak palsi serebrum

Seramai 20 kanak-kanak palsi serebrum bersama ibu bapa masing-masing menghadiri Program Kongsi Ceria #KitakanJiran.
Seramai 20 kanak-kanak palsi serebrum bersama ibu bapa masing-masing menghadiri Program Kongsi Ceria #KitakanJiran.
A
A
A

SHAH ALAM - Lotus’s Malaysia bersama Pusat Rawatan Pediatrik Tender Touch dan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS) menganjurkan kempen Kongsi Ceria #KitakanJiran bagi menyantuni 20 kanak-kanak kelainan upaya menerusi terapi haiwan Alpaca.

Ketua Komunikasi dan CSR Lotus's Malaysia, Hanim Hamdan berkata, penganjuran itu sudah memasuki tahun kedua dan memberi pengalaman baharu buat kanak-kanak palsi serebrum untuk bergaul serta melakukan aktiviti sama seperti orang lain.

Menurutnya, program selama sebulan bakal diadakan di 32 cawangan Lotus’s Malaysia terpilih merangkumi Zon Tengah, Zon Utara dan Zon Selatan.

“Kami mengagumi gerak kerja Tender Touch dan GAPS yang konsisten menjaga kebajikan anak-anak istimewa ini.

“Justeru, kami adakan program berinteraksi dengan Alpaca kerana ia makhluk yang membantu menghilangkan stres manusia.

“Alpaca bernama Romeo dan Mocha dari Zahara Garden bakal menemui pengunjung serta berpeluang bergambar dari jarak dekat sekiranya berbelanja minimum RM20 di cawangan terpilih,” katanya kepada Sinar Harian di Lotus’s Malaysia Setia Alam.

Hadir sama Pengasas GAPS, Rafidah Ahmad dan Pengarah Urusan merangkap Pakar Fisioterapi Tender Touch, Sharfiza Abdul Aziz.

Jelajah kempen Kongsi Ceria #KitakanJiran bakal menemui pengunjung bermula 18 Mei hingga 7 Julai depan dan ahli aktif Lotus’s Malaysia berpeluang menyertai peraduan hadiah percuma mingguan berjumlah lebih RM280,000 menerusi pemberian baucar.

Artikel Berkaitan:

Tahun lalu, Lotus’s Malaysia melalui kempen sama berjaya mengumpul dana RM430,000 daripada penderma dan rakan kongsi untuk membantu organisasi yang komited menjaga kebajikan golongan sasar.

Antara aktiviti dijalankan adalah sesi terapi secara percuma, pemberian makanan dan kelengkapan sekolah buat kategori kurang berkemampuan.

Hanim berkata, kempen terbabit termasuk tawaran istimewa iaitu pembelian barangan RM2 dan promosi ‘beli satu percuma satu’ daripada 125 jenama.

Tambahnya, pengunjung juga dapat menikmati potongan harga 80 peratus untuk barangan kedua bagi setiap produk kecantikan dan ‘Happy Hour’ setiap Rabu bermula jam 2 hingga 4 petang jika membeli kelengkapan rumah, bahan mentah atau minuman.

“DJ Falyq Hikyle daripada Sinar FM juga akan membuat kemunculan khas dari jam 11 pagi hingga 1 petang di Lotus’s Ampang pada 1 Jun.

“Sesi temu mesra turut menawarkan peraduan hadiah eksklusif Sinar FM serta baucar Lotus’s Malaysia bernilai RM3,000,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!