Gempa kuat bermagnitud 6.4 di Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia

Pusat gempa itu, terletak 17.1 darjah selatan dan 167.9 darjah timur dengan kedalaman 84 km iaitu 744km selatan dari Lata, Solomon Islands. Foto Agensi
Pusat gempa itu, terletak 17.1 darjah selatan dan 167.9 darjah timur dengan kedalaman 84 km iaitu 744km selatan dari Lata, Solomon Islands. Foto Agensi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Vanuatu, pada 6.23 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan pada jam 11.15 pagi hari ini memaklumkan pusat gempa itu, terletak 17.1 darjah selatan dan 167.9 darjah timur dengan kedalaman 84 kilometer (km) iaitu 744km selatan dari Lata, Solomon Islands.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: