Anak tengking bapa sebab tak mampu beli iPhone

Remaja perempuan menarik baju ayahya yang melutut selepas mengakui tidak mampu membeli iPhone. Agensi
Remaja perempuan menarik baju ayahya yang melutut selepas mengakui tidak mampu membeli iPhone. Agensi
A
A
A

BEIJING - Memiliki telefon pintar dari jenama iPhone dilihat sebagai simbol status penggunanya kerana tidak semua orang mampu memilikinya ekoran harganya yang mahal.

Namun, akibat popularitinya yang meluas menyebabkan individu yang tidak mampu sanggup melakukan apa saja demi memiliki telefon idaman ramai pengguna itu.

Baru-baru ini dalam kejadian di China, seorang bapa sanggup melutut memohon maaf kepada anak perempuannya kerana tidak mampu membeli iPhone telah menjadi tular sehingga mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.

Menurut South China Morning Post, video itu dirakamkan pada 4 Mei lalu. Dalam rakaman itu, seorang remaja dilihat menjerit kepada bapanya selepas tidak membelikan iPhone.

"Ibu bapa lain boleh membelikan mereka iPhone. Kenapa awak tidak ada duit," soal remaja itu kepada ayahnya.

Kerana tidak dapat menjawab soalan itu, bapa tadi melutut dan meminta maaf kerana 'tidak pandai menyimpan duit'.

Pada masa sama, remaja yang merasa malu diperhatikan orang ramai di luar pusat membeli belah itu meminta ayahnya bangun.

Individu yang merakam video itu berkata dia sangat kasihan dengan lelaki itu dan marah kepada anak perempuan yang tidak menghormati bapanya.

Artikel Berkaitan:

"Saya seperti hendak pergi ke remaja itu dan menamparnya," katanya yang bengang dengan kebiadaban remaja itu.

Video yang telah tular di beberapa platform di China, telah mencetuskan perbincangan mengenai keibubapaan dan tingkah laku remaja pada zaman sekarang.

Walaupun ramai yang menegur gadis itu, segelintir netizen lain menyalahkan bapanya dengan mengatakan bahawa dia sepatutnya mengajar anaknya dengan lebih baik.

"Mereka terlalu taksub dengan keselesaan material tetapi tidak mengendahkan kesusahan ibu bapa mereka. Ia adalah tragedi sosial." kata seorang pengguna di Weibo. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!