Bakar bos sebab tak puas hati dipecat

Suspek ketika ditahan - Foto Agensi
Suspek ketika ditahan - Foto Agensi
A
A
A

MEDAN - Seorang lelaki ditahan polis selepas membakar majikannya di tempat kerja kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pengusaha itu memecatnya.

Ketua Polis Bahagian Medan Tembung, Kompol Jhonson Sitompul yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden itu berlaku pada Isnin dan mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

"Dia (pelaku) sakit hati selepas dipecat bosnya, kemudian dia mengambil bahan api terus dicurahkan kepada mangsa lalu dibakarnya menggunakan mancis.

"Anak mangsa yang mendengar keriuhan di kawasan itu segera datang dan melihat ayahnya telah terduduk serta mengalami lecur di badan akibat dibakar," katanya.

Sementara itu, pelaku sempat melarikan diri meninggalkan tempat kejadian.

Tambah Kompol, polis berjaya menahan pelaku setelah beberapa saksi memberitahu pihaknya lokasi suspek.

"Polis mendapat maklumat bahawa pelaku berada di Jalan Sunggal, kawasan Sei Sikambing B, lantas kami melakukan penangkapan," ujarnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: