Angka kematian di Gaza meningkat kepada 35,903 orang

Wanita Palestin ini melihat keadaan rumahnya yang musnah dibom Israel. Foto AFP
Wanita Palestin ini melihat keadaan rumahnya yang musnah dibom Israel. Foto AFP
A
A
A

GAZA - Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 35,903 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah Palestin dalam satu kenyataan media pada Sabtu, lapor Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam lepas, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban kepada 35,903 dan kecederaan kepada 80,420 sejak konflik Palestin-Israel meletus pada Oktober 2023.

Kenyataan itu memaklumkan beberapa mangsa masih berada di bawah runtuhan di tengah-tengah pengeboman berterusan dan kekurangan pasukan penyelamat. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: