Malaysia melangkah hampir ke arah pelaksanaan 5G

Gobind Singh Deo
Gobind Singh Deo
A
A
A

LANGKAWI - Pelancaran Projek Demonstrasi 5G di sini malam ini merupakan satu pencapaian penting, yang menyaksikan Malaysia bergerak semakin hampir ke arah pelaksanaan 5G dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, 72 kes kegunaan ketika ini didemonstrasi di 56 lokasi langsung 5G dan enam negeri di Malaysia, dan menurutnya di Langkawi sahaja terdapat 35 kes kegunaan di 25 lokasi langsung.

Kegunaan kes di seluruh negara itu meliputi sembilan vertikel berbeza yang terdiri daripada pertanian, penjagaan kesihatan digital, pendidikan, hiburan/media, pembuatan dan pemprosesan, minyak dan gas, bandar raya pintar, pengangkutan pintar dan pelancongan.

“Äpa yang sedang kita lihat di Langkawi ini adalah lonjakan dalam pembangunan teknologi 5G, dengan kita mempamerkan kes kegunaan tepat masa yang sudah siap dan berjalan ketika ini dan kita berusaha ke arah meningkatkan lagi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang-bidang ini,” katanya.

Beliau membayangkan Langkawi akan berubah menjadi 'Pulau Digital' dengan teknologi mengubah cara kehidupan dan pekerjaan penduduk pulau itu, dan bagaimana pulau itu berkembang. - Bernama

Artikel Berkaitan: