KBS terus pantau keadaan Siti Nurul Masyitah

Laporan Sukan Sinar.
Laporan Sukan Sinar.
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) terus memantau keadaan dan perkembangan atlet kayak kebangsaan Siti Nurul Masyitah Elias, 22, yang parah akibat kemalangan selain akan memastikan atlet itu segera sembuh.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS juga sedang menunggu laporan penuh doktor untuk tindakan lanjut selain berusaha memastikan kebajikannya sentiasa diberi perhatian.

"Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abd Halim bersama Majlis Sukan Negara (MSN) telah pun melawat beliau dan kita dimaklumkan Siti Nurul Masyitah yang sebelum ini selamat menjalani tiga pembedahan, perlu menjalani beberapa pembedahan lain.

"KBS amat memandang serius kebajikan semua atlet termasuk mereka yang sedang menjalani proses pemulihan... tidak kira siapa termasuk Faisal Halim (pemain bola kebangsaan), mereka memerlukan masa jadi kita tidak boleh tergesa-gesa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat kebangsaan di Dataran Pahlawan Banda Hilir di Melaka pada Sabtu.

Sambutan itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sebelum ini media melaporkan Siti Nurul Masyitah mengalami retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) baru-baru ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: