106 PATI bekerja di kilang komponen plastik dicekup

Sebahagian pekerja asing yang ditahan. Foto JIM Johor
Sebahagian pekerja asing yang ditahan. Foto JIM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 106 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di sebuah kilang komponen plastik di Senai, di sini ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor dalam Ops Bersama (Hotspot) pada Khamis.

Pemangku Pengarah JIM Negeri Johor, Mohd Faizal Shamsudin berkata, operasi yang turut disertai pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Majlis Perbandaran Kulai itu dijalankan susulan maklumat awam bahawa terdapat warga asing yang bekerja tanpa pas dan permit sah di sebuah kilang komponen plastik di kawasan itu.

Beliau berkata, setelah pemeriksaan dibuat terhadap 249 warga asing dan tempatan, seramai 106 ditahan kerana didapat tidak memiliki pas atau permit bekerja.

Warga asing yang ditahan dibawa menaiki trak polis. Foto JIM Johor
Warga asing yang ditahan dibawa menaiki trak polis. Foto JIM Johor

“Kesemua yang ditahan melibatkan 18 lelaki dan 33 perempuan warga Myanmar, 15 lelaki (Pakistan), 13 lelaki (India), empat lelaki dan 13 perempuan (Indonesia), empat lelaki (Bangladesh) dan enam lelaki (Nepal) berusia antara 20 hingga 48 tahun.

“Kesemua mereka ini didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit sah untuk berada di Malaysia.

“Mereka juga didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: