Malaysia sambar slot Piala Dunia 2025

Skuad hoki dalam dewan lelaki negara bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Iran, 3-3 dalam aksi Kumpulan C bagi mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Asia 2024 di Kompleks Sukan Taldykorgan, Kazakhstan pada Jumaat.
Skuad hoki dalam dewan lelaki negara bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Iran, 3-3 dalam aksi Kumpulan C bagi mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Asia 2024 di Kompleks Sukan Taldykorgan, Kazakhstan pada Jumaat.
A
A
A

SKUAD hoki dalam dewan lelaki negara bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Iran, 3-3 dalam aksi Kumpulan C bagi mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Asia 2024 di Kompleks Sukan Taldykorgan, Kazakhstan pada Jumaat.

Keputusan itu juga membolehkan anak buah Mohd Rodzhanizam Mat Radzi mengakhiri kempen dalam kalangan dua teratas kumpulan mencipta sejarah mengiringi Iran mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia yang dijadualkan bermula dari 3 hingga 9 Februari tahun depan.

Iran memimpin kumpulan dengan tujuh mata diikuti Malaysia (lima mata ) kedua, Kazakhstan ketiga dan Thailand keempat terbaik selepas masing-masing menamatkan kempen peringkat pusingan kedua kejuaraan.

Iran membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti Shahrokhi Mahdi minit ke-10 sebelum penjaring terbanyak kempen Mirzakhani Amirmahdi menggandakan kedudukan menerusi jaringan padang minit ke-16 untuk memimpin permainan.

Separuh masa kedua, sentuhan Abdul Khaliq Hamirin minit ke-21 sebelum pukulan sudut penalti Shahrokhi melebarkan pendahuluan Iran minit ke-27 untuk kedudukan 3-1.

Muhammad Aminuddin Mohd Zaid kemudian menghadiahkan jaringan kedua Malaysia pada minit ke-28 sebelum Abdul Khaliq menjaringkan gol penyamaan Iran pada minit ke-30.

Sebelum itu, Malaysia menewaskan Thailand, 5-2, menang tipis 5-4 ke atas Indonesia.

Sementara itu, Mohd Rodzhanizam menyifatkan karakter tidak berputus asas dipamerkan pemain-pemainnya berjaya mengangkat imej pasukan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Satu permainan dengan semangat juang cukup tinggi ditunjukkan setiap pemain. Setiap pemain memberikan sehabis baik dan kebangkitan yang ditunjukkan mereka semestinya perlu dipuji.

“Pemain turun hari ini dengan satu semangat luar biasa iaitu ingin mengapai satu keputusan yang terbaik demi Malaysia.

“Melangkah ke Piala Dunia untuk kali pertama merupakan detik yang paling dinantikan dan ini yang diperjuangkan oleh pasukan selama ini.

“Pasukan berharap kami mendapat perhatian dan peruntukan yang secukupnya bagi kami mempersiapkan pasukan dengan sebaik mungkin agar dapat memberikan tentangan yang hebat di Piala Dunia 2025 nanti.

“Bertemu Iran sekali lagi di pentas final, kami akan melakukan semua persediaan yang diperlukan dengan sebaik mungkin dan pasukan berharap pemain dapat menutup kempen Piala Asia 2024 dengan satu noktah yang cukup manis.

“Terima kasih kepada penyokong dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong skuad hoki dalam negara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!