Strok haba, Shah Rukh Khan semakin pulih

Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan
A
A
A

KEADAAN aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, semakin pulih selepas disahkan mengalami strok haba dan dehidrasi pada Rabu.

Pengurusnya, Pooja Dadlani menerusi kenyataan di aplikasi X memaklumkan bintang kesayangan ramai itu berada dalam keadaan baik.

"Kepada semua peminat yang mendoakan Encik Khan, dia berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas kasih sayang, doa dan keprihatinan anda," tulisnya pada Khamis.

Terdahulu pada Isnin, aktor yang mendapat jolokan Raja Bollywood itu dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi.

Pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu berada Ahmedabad bagi menyaksikan perlawanan kriket, Indian Premier League (IPL) membabitkan pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH) ditemani anaknya, Suhana dan Abram.

Selesai perlawanan, Shah Rukh Khan tiba di Narmada Hotel, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital.

Shah Rukh Khan diserang strok haba dan dehidrasi berikutan cuaca panas melampau di Ahmedabad apabila dilaporkan suhu mencecah 45.2 darjah Celsius pada Selasa lalu dan 45.9 darjah Celsius pada keesokannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: