Kebakaran ragut 14 nyawa di premis sewa di Vietnam

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa ke ambulans berikutan kebakaran besar di blok apartmen di Hanoi. Foto AFP
Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa ke ambulans berikutan kebakaran besar di blok apartmen di Hanoi. Foto AFP
A
A
A

HANOI - Kebakaran di sebuah premis sewa di ibu negara Vietnam, Hanoi telah mengorbankan 14 orang dan mencederakan tiga yang lain pada tengah malam Jumaat, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Bangunan tersebut, yang meliputi kawasan seluas 100 meter persegi, terletak di lorong sempit kira-kira dua meter lebar dan kira-kira 200 meter dari jalan Trung Kinh, menyukarkan akses bagi jentera bomba, lapor VnExpress.

Bangunan sewa itu mempunyai dua bilik di setiap tingkat dengan tingkat pertama digunakan untuk penjualan dan pembaikan basikal elektrik, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Keadaan pintu masuk bangunan yang hangus dalam kebakaran besar di blok apartmen di Hanoi. Foto Bernama
Keadaan pintu masuk bangunan yang hangus dalam kebakaran besar di blok apartmen di Hanoi. Foto Bernama

Litar pintas basikal elektrik pada mulanya disebut sebagai punca utama kebakaran yang berlaku pada 12:30 tengah malam, menurut agensi itu.

Kes itu sedang disiasat.

Sebanyak 1,555 kebakaran dan letupan berlaku di Vietnam dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, menyebabkan 28 kematian dan mencederakan 26 orang.

Kebakaran dan letupan itu menyebabkan kerugian harta benda sebanyak 89.8 bilion dong Vietnam (AS$3.5 juta), menurut Pejabat Statistik Am negara itu. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!