Subsidi bersasar diesel jadi ujian litmus - Apurva Sanghi

Tangkap layar hantaran Apurva Sanghi di Aplikasi X pada Jumaat.
Tangkap layar hantaran Apurva Sanghi di Aplikasi X pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel akan menjadi ujian litmus atau penilaian kerajaan sebelum perkara sama dilaksanakan terhadap RON95.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi berkata, ia akan menguji keupayaan kerajaan dalam memastikan pemindahan wang tunai yang mencukupi untuk golongan miskin, menjamin pembelian kelas pertengahan dan menekankan faedah iklim.

"Pembaharuan RON95 membentuk semula kontrak sosial, bukan hanya mengenai kebimbangan fiskal. Orang miskin harus mendapat manfaat dengan mengandaikan mekanisme luar penetapan seperti peningkatan kepentingan pemindahan tunai disediakan.

"Orang kaya perlu bertahan tanpa subsidi, walaupun (mereka) mengeluh," katanya menerusi satu hantaran di Aplikasi X pada Jumaat.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, dengan usaha penyasaran subsidi diesel ini, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.

Ujarnya, kerajaan akan memberi subsidi kepada peniaga yang menggunakan kenderaan diesel komersial bagi membendung kenaikan drastik harga barangan dan perkhidmatan di semenanjung.

Dalam pada itu, Apurva berpendapat bahawa individu dalam kelas pertengahan yang menggunakan lebih banyak minyak daripada golongan miskin akan terkesan kerana tidak menerima pemindahan wang tunai.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, menggunakan beberapa penjimatan subsidi untuk membantu mereka atau pembaharuan pelengkap lain akan menjamin pembelian dan memastikan kejayaan keseluruhan.

"Masa akan menjadi penting dalam pembaharuan RON95 kerana ia boleh membawa kepada peningkatan antara lima dan sembilan peratus bergantung kepada harga tenaga global.

“Jadi masa sangat penting, perkenal pembaharuan RON95 apabila harga tenaga agak rendah,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!