Tekad jurulatih baharu Ajax

Farioli mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Ajax. Foto Agensi
Farioli mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Ajax. Foto Agensi
A
A
A

FRANCESCO Farioli bertekad mengembalikan era gemilang Ajax Amsterdam selepas dilantik sebagai jurulatih baharu untuk tempoh tiga tahun.

Kelab Belanda tersebut menerusi satu kenyataan memaklumkan jurulatih dari Itali itu akan menggantikan jurulatih sementara, John van't Schip susulan musim buruk dalam Eredivisie apabila Ajax menamatkan saingan di tangga kelima, penamat terburuk sejak 1999-2000.

"Saya amat gembira untuk berada di Amsterdam dan bersama dengan yang lain. Kami akan bekerja dengan gigih.

"Kami juga ingin membawa tenaga baharu dengan cara bekerja dan berfikir secara positif. Kami tidak mahu membuang masa dan bersiap sedia untuk permulaan musim untuk membawa Ajax kembali ke tempat sepatutnya," ujar Farioli.

Pemilihan jurulatih berusia 35 tahun itu menamatkan spekulasi mengenai perpindahan Farioli dari kelab Perancis, Nice ke kelab gergasi Belanda itu.

Ajax yang merupakan juara Eropah empat kali akan membayar Nice 1.25 juta euro (RM6.36 juta) sebagai pampasan.

Farioli muncul sebagai jurulatih asing pertama Ajax sejak Morten Olsen dari Denmark pada 1997.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: