Kesediaan kerajaan hadapi impak penyelarasan subsidi diesel diragui

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Madani dilihat belum bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi impak negatif termasuklah kenaikan kos sara hidup dan barangan keperluan harian susulan pengumuman penyelarasan subsidi diesel yang bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut meramalkan kerajaan bakal menghadapi masalah dalam melaksanakan penyasaran subsidi diesel.

Jelasnya, ini kerana masih ramai rakyat Malaysia belum mengisi maklumat peribadi dan pendapatan isi rumah dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menurut Ahli Parlimen Machang itu, kerajaan terpaksa berbuat demikian kerana mahu mencari dana tambahan bagi menampung perbelanjaan mengurus yang meningkat sebanyak RM10 bilion setahun susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam mulai akhir Disember 2024.

"Saya juga melihat pelaksanaan penyasaran subsidi diesel akan memberi impak besar dari segi kenaikan kos sara hidup terutama golongan kelas menengah (M40) yang terkecuali daripada menerima bantuan kerajaan termasuk Sumbang Tunai Rahmah (STR), selain dibebani pelbagai kenaikan cukai," katanya kepada Sinar Premium.

Justeru, Wan Ahmad Fayhsal berjanji pembangkang akan membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat sebaiknya dalam memastikan inisiatif terkini dilaksanakan kerajaan adil kepada semua pihak.

"Kerajaan perlu segera memberikan penerangan kepada rakyat mengenai mekanisme atau kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi yang bakal dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

"Tindakan ini perlu kerana majoriti rakyat Malaysia keliru dan terkejut dengan pengumuman dibuat Perdana Menteri semalam (Selasa) mengenai penyasaran subdisi diesel yang hanya melibatkan pengguna bagi Semenanjung, dengan Sabah dan Sarawak berkecuali," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, pengumuman itu membuktikan apa yang diperkatakan pembangkang semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu, baru-baru ini adalah tepat dan benar biarpun ditolak pengundi di kawasan berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut menyuarakan kebimbangan usaha Kerajaan Madani untuk melaksanakan rasionalisasi harga petrol secara berperingkat pada masa hadapan mungkin sukar sekiranya Anwar masih belum mempunyai kerangka pelaksanaannya yang tuntas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Kesediaan kerajaan hadapi impak penyelarasan subsidi diesel diragui Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Subsidi #Diesel #BahanApi #Bersasar #PMX #AnwarIbrahim #KerajaanMadani #HargaBarang #Ekonomi #Kewangan #Pembangkang

original sound - Sinar Harian