Kedah bakal berdepan catuan air

A Xavier Jayakumar pada sidang akhbar selepas lawatan ke loji rawatan kumbahan di Pantai Tengah hari ini.
A Xavier Jayakumar pada sidang akhbar selepas lawatan ke loji rawatan kumbahan di Pantai Tengah hari ini.
A
A
A

LANGKAWI - Rakyat Kedah bakal berdepan catuan air jika berlaku masalah bekalan akibat cuaca panas.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr A Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri disaran menggunakan telaga tiub yang dibina di beberapa kawasan di Kedah sebagai langkah awal bagi mengatasi kekurangan air.

Katanya, langkah segera perlu dilakukan seperti mengingatkan orang ramai berjimat dan mengelakkan pembaziran.

"Langkah penjimatan perlu sebelum kerajaan melakukan kaedah pembenihan awan," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan ke loji rawatan kumbahan di Pantai Tengah hari ini.

Terdahulu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam satu kenyataan memaklumkan, paras air di tiga Empangan utama di Kedah direkodkan menurun dengan kapasiti Empangan Muda hanya berada pada kadar 14.42 peratus.

Kapasiti air Empangan Ahning pula direkodkan sebanyak 61.57 peratus dan Empangan Pedu sebanyak 45.59 peratus.

Bagaimanapun kenyataan itu menyebut kadar air masih mampu dilepaskan untuk kegunaan pertanian dan domestik.

Artikel Berkaitan: