Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa ekoran kekurangan minat belian apabila DXY meningkat semula selepas dolar AS mengalami penurunan baru-baru ini. Foto hiasan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa ekoran kekurangan minat belian apabila DXY meningkat semula selepas dolar AS mengalami penurunan baru-baru ini. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ekoran kekurangan minat belian apabila Indeks Dolar AS (DXY) meningkat semula selepas dolar AS mengalami penurunan baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6950/6985 berbanding dolar AS daripada 4.6850/6875 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, USD/MYR turun 0.17 peratus daripada paras semalam dan, begitu juga, ringgit yang lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

"Berlaku beberapa aktiviti pengambilan untung memandangkan ringgit berada pada pergerakan meningkat awal bulan ini.

"Minggu ini, pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan berkongsi pandangan mereka mengenai keadaan ekonomi dan, secara amnya, kadar faedah yang tinggi untuk naratif yang lebih panjang setakat ini kekal,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata dari sudut pandang teknikal, ringgit berada dalam kedudukan terlebih beli yang mungkin menyebabkan pelabur menjual pegangan untuk meraih sedikit keuntungan.

Pada penutup dagangan hari ini, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0071/0095 daripada 3.0084/0104 ketika ditutup pada Isnin namun, turun berbanding euro kepada 5.1044/1082 daripada 5.0921/0948.

Artikel Berkaitan:

Mata wang domestik lemah berbanding pound British kepada 5.9730/9774 daripada 5.9518/9550 sebelumnya.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.06/8.07 daripada 8.09/8.10 ketika ditutup pada Isnin dan tinggi berbanding baht Thai kepada 12.9264/9407 daripada 12.9987/13.0100.

Walau bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4863/489 daripada 3.4809/4831 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 293.4/293.8 daripada 293.1/293.5 semalam. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!