Isteri Presiden Syria disahkan hidap leukemia

Wanita pertama Syria, Asma al-Assad telah disahkan menghidap leukemia. Foto AFP
Wanita pertama Syria, Asma al-Assad telah disahkan menghidap leukemia. Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Isteri Presiden Syria Bashar Assad, Asma, telah disahkan menghidap leukemia, kata pejabat presiden pada Selasa, lapor Sputnik.

"Selepas Wanita Pertama Asma Assad didiagnosis dengan beberapa gejala dan tanda klinikal (penyakit) dan menjalani satu siri ujian dan pemeriksaan perubatan yang komprehensif, beliau didiagnosis dengan leukemia myeloid akut," menurut pejabat itu dalam satu kenyataan.

Wanita pertama itu akan mengekalkan penjarakan sosial yang sesuai dan akan menarik diri buat sementara waktu daripada acara awam sebagai sebahagian daripada pelan rawatannya.

Pada Ogos 2018, Asma telah didiagnosis dengan tumor payudara peringkat awal.

Pada penghujung Januari 2019, doktor berjaya melakukan pembedahan untuk membuangnya.

Pada Ogos 2019, pejabat istana presiden mengumumkan bahawa Asma telah sembuh daripada penyakit tersebut. - Bernama-Sputnik

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!