X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat terakhir ditemukan jam 3 petang tadi

pelajar politeknik dungun lemas
Mayat keempat-empat pelajar Politeknik Dungun yang lemas ketika mandi-manda di Pantai Teluk Bidara kelmarin akhirnya ditemukan.
A
A

DUNGUN - Mayat mangsa terakhir tragedi empat pelajar Politeknik Dungun yang lemas ketika sedang mandi-manda di Pantai Teluk Bidara di sini berjaya ditemukan.

Mayat Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21, dari Melaka ditemukan terapung pada jarak dua batu nautika dari muka Kuala Dungun kira-kira jam 3 petang.

Terdahulu, mayat pertama, Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, dari Kemaman ditemui oleh orang awam tujuh kilometer (km) arah selatan dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) iaitu di Pantai Sura berhadapan Mayangsari Resort pada jam 7.30 pagi tadi.

Mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, pula dijumpai terapung tidak jauh daripada lokasi penemuan mangsa pertama di Pantai Sura, di sini, kira-kira jam 11.35 pagi manakala mayat Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, 21, dari Pahang ditemui oleh pasukan penyelamat pada jarak 1km dari lokasi penemuan mayat kedua pada jam 12.17 tengah hari.

Sinar Harian kelmarin melaporkan empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Teluk Bidara.

Kesemua mangsa dikatakan sedang mandi bersama dua lagi rakan di pantai itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pertama mangsa lemas ditemui

Mayat kedua pelajar PSMZA ditemui selang empat jam

Mayat ketiga ditemui tidak sampai sejam


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!