Thailand, Singapura cabaran Harimau Malaya

Harimau Malaya bakal menerima cabaran daripada Thailand dan Singapura yang menjadi antara pasukan terkuat dalam Kumpulan A.
Harimau Malaya bakal menerima cabaran daripada Thailand dan Singapura yang menjadi antara pasukan terkuat dalam Kumpulan A.
A
A
A

MALAYSIA dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan separuh akhir kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan berlangsung pada 23 November nanti.

Pada majlis undian berlangsung di Hanoi, Vietnam pada Selasa, skuad kendalian Kim Pan-gon itu diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand selain Singapura yang menjadi antara pencabar utama dalam kumpulan tersebut.

Selain itu, Kemboja dan pemenang perlawanan kelayakan antara Brunei atau Timor Leste akan mengisi satu lagi slot dalam kumpulan itu.

Dalam Kumpulan B pula, juara dua kali, Vietnam menjadi pilihan untuk mara ke pusingan separuh akhir selain Indonesia yang juga memiliki peluang cerah.

Melengkapkan pasukan dalam Kumpulan B itu ialah Filipina, Myanmar dan Laos.

Pada edisi 2022, Malaysia tewas kepada Thailand di peringkat separuh akhir menerusi agregat 1-3 dengan perlawanan berlangsung secara timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di Stadium Thammasat, Pathum Thani.

Skuad Gajah Perang itu melebarkan rekod kejuaraan kejohanan serantau itu selepas menundukkan Vietnam 3-2 secara agregat dalam perlawanan akhir,.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!