Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia

Sharul Aimy (kanan) merangkul pingat gangsa di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan pada Ahad. Foto MGF
Sharul Aimy (kanan) merangkul pingat gangsa di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan pada Ahad. Foto MGF
A
A
A

PEMENANG pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, atlet gimnastik negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam melakar sejarah apabila merangkul pingat sulung negara di Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan pada Ahad.

Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang jaguh dari Filipina Carlos Yulo (14.883 mata) dan atlet tuan rumah Abdulaziz Mirvaliev (14.783 mata) yang masing-masing mengutip pingat emas dan perak.

Bagaimanapun, Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Francis Loh berkata, kejayaan manis tersebut tidak cukup untuk melayakkan Muhammad Sharul meraih slot Sukan Olimpik 2024 di Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos.

Katanya, pemenang gangsa melombol Sukan Asia Hangzhou 2022 itu hanya menyertai satu acara manakala slot ke Sukan Olimpik 2024 pula diberikan kepada pemenang acara all-around lelaki.

"Ini adalah persembahan yang sangat baik kerana ini kali pertama kami mendapat pingat di Kejohanan Asia, "katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Francis berkata, MGF akan memberi tumpuan bagi membantu atlet dari Terengganu untuk mahir dalam acara all-around sekali gus mencerahkan peluang beraksi pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles (LA28). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!