Diancam bunuh: Pimpinan DAP bersolidariti bersama Teresa Kok

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

SHAH ALAM - Seluruh pimpinan DAP akan bersolidariti bersama Naib Pengerusi parti berkenaan, Teresa Kok susulan ancaman dua peluru beserta surat ugutan bunuh yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya menentang sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan ia tidak sepatutnya berlaku walaupun mempunyai perbezaan pendapat dalam dunia politik.

"Saya mewakili seluruh pucuk pimpinan DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ugutan membunuh terhadap Teresa semalam. Unsur keganasan tidak boleh diterima sama sekali dalam masyarakat kita terutamanya dalam menangani perbezaan pendapat dalam politik.

"Seluruh pimpinan DAP bersolidariti dengan beliau berdepan dengan ugutan ini. Saya juga berterima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas selepas menerima laporan polis.

Keratan akhbar berkaitan kes ugutan yang diterima Teresa Kok pada Ahad.
Keratan akhbar berkaitan kes ugutan yang diterima Teresa Kok pada Ahad.

"Saya yakin pihak polis akan menyiasat dengan terperinci dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam kes jenayah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Ahli Parlimen Seputeh itu menerima kertas ugutan bunuh dan menganggap kejadian tersebut seolah-olah tidak masuk akal.

Dalam pada itu, beliau turut beliau mempersoalkan kesalahan yang telah dilakukan sehingga menerima ugutan bunuh.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut Teresa berkata, susulan daripada kejadian itu beliau membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, polis telah datang ke bahagian peti surat di kondominium tersebut untuk menjalankan pemeriksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!