PH perlu ambil serius isu bumiputera: Ahmad Faizal

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Pakatan Harapan (PH) perlu memberi perhatian serius terhadap isu-isu melibatkan bumiputera sekiranya mahu mengekalkan sokongan rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kegagalan dalam menangani isu sedemikian boleh menyebabkan kekalahan dalam kempen pilihan raya sepertimana berlaku dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis semalam.

"Saya fikir ada beberapa isu lokal yang menyebabkan rakyat mengambil pendirian sedemikian.

"Dalam hal ini, saya berpandangan isu yang dekat di hati kaum bumiputera perlu diambil serius, jangan kita polemik perkara yang tidak mendatangkan keuntungan terhadap usaha menambah sokongan rakyat kepada kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita pada program Lestari Pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rokam di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalah di Kimanis: PH kena fikir langkah menangi semula hati rakyat

PRK Parlimen Kimanis semalam menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin memenangi kerusi tersebut menewaskan lawannya, Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan majoriti 2,029 undi.

Keputusan itu sekali gus mencatatkan kemenangan kelima BN selepas berjaya dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PH Perak berkata, kekalahan itu merupakan satu signal diberikan rakyat kepada pentadbiran kerajaan untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Artikel Berkaitan:

"Ia termasuklah hubungan antara parti komponen dalam PH yang mesti diperkukuhkan lagi," katanya.