Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan

Wajah Scottie Scheffler yang dirakamkan ketika dia dalam tahanan polis. - Gambar Courtesy Louisville Metro Police
Wajah Scottie Scheffler yang dirakamkan ketika dia dalam tahanan polis. - Gambar Courtesy Louisville Metro Police
A
A
A

LOUISVILLE - Pemain golf nombor satu dunia, Scottie Scheffler digari dan ditahan polis awal Jumaat selepas didakwa cuba melanggar kawalan lalu lintas di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.

Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis Louisville Metro apabila dia terus memandu tanpa mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan berdekatan kawasan lapangan golf itu, di mana dia dijadualkan bertanding pada pusingan kedua kejohanan.

Berita WAVE-TV Louisville dan Golf Digest melaporkan Scheffler didakwa atas tuduhan menyerang seorang pegawai polis, melakukan kesalahan jenayah, memandu secara melulu dan tidak mengendahkan isyarat daripada pegawai yang mengarahkan lalu lintas.

SiriusXM PGA Tour Radio melaporkan Scheffler dibebaskan atas jaminannya sendiri.

Scheffler tiba di kelab golf berkenaan kira-kira 30 minit selepas dibebaskan dan hanya kurang sejam sebelum 10:08 pagi waktu mulanya pukulan permulaan pusingan kedua, yang bermula 80 minit lewat akibat kemalangan itu.

Ketika Scheffle keluar dari sebuah kenderaan, yang dilaporkan dipandu oleh pemilik Kelab Golf Valhalla dan berjalan melalui pintu depan kelab itu, dia diminta memberi komen oleh wartawan ESPN, Marty Smith.

"Saya sayang awak, Marty," kata Scheffler.

Scheffler dalam misi untuk menjadi pemain pertama sejak 2015 untuk memenangi dua kejuaraan utama dalam semusim. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!