Roti 'paratha diesel' laku keras

Tangkap layar video yang memaparkan pembuatan 'roti canai diesel' berkenaan.
Tangkap layar video yang memaparkan pembuatan 'roti canai diesel' berkenaan.
A
A
A

NEW DELHI - Tular satu video di platform media sosial mendakwa seorang penjaja makanan di Chandigarh menggunakan diesel untuk memasak roti canai (paratha).

Klip video berdurasi tiga minit itu memaparkan seorang lelaki yang meniaga di tepi jalan menuang lebihan minyak yang didakwa sebagai diesel ke atas permukaan roti tersebut.

"Ini 'paratha diesel'," demikian menurut penjaja tersebut yang turut menegaskan bahawa roti berkenaan menjadi lebih sedap disebabkan oleh penggunaan minyak berkenaan.

Menurutnya, roti tersebut laris dan sebanyak 300 keping terjual kepada orang ramai setiap hari.

Penyebaran video itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang menuntut supaya bahagian pengawal selia makanan India untuk memulakan siasatan.

Susulan itu, pemilik kedai berkenaan Channi Singh, tampil menjelaskan dan menafikan tentang roti diesel berkenaan.

Malah dia mendakwa sebuah blogger makanan sengaja mencari sensasi dengan mengeluarkan video tersebut.

"Kami menyediakan makanan yang bersih kepada orang ramai di sini. Kami tidak memperjudikan nyawa orang," katanya sambil menambah dia hanya menggunakan minyak yang selamat untuk dimakan.

Artikel Berkaitan:

Setelah isu itu hangat diperkatakan, penyebar video berkenaan akhirnya tampil memohon maaf kepada orang ramai.

"Kepada semua pihak di Chandigarh khususnya dan di seluruh India, saya dengan rendah hati memohon maaf, saya amat kesal dengan kandungan video yang disebarkan itu hingga menimbulkan kesusahan kepada banyak pihak," ujarnya.

Video itu telah dipadamkan, namun ia tetap menimbulkan pelbagai reaksi kurang menyenangkan dalam kalangan warganet. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Tular satu video di platform media sosial mendakwa seorang penjaja makanan di Chandigarh menggunakan diesel untuk memasak roti canai (paratha). Klip video berdurasi tiga minit itu memaparkan seorang lelaki yang meniaga di tepi jalan menuang lebihan minyak yang didakwa sebagai diesel ke atas permukaan roti tersebut. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Dunia #Global #Tular #Viral #India #Makanan #RotiCanai #Paratha #Minyak #Diesel #Masak

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!