22 kompaun dikeluarkan terhadap dua pemilik kilang

Operasi bersepadu pemeriksaan ini dijalankan di kawasan premis perindustrian di Bukit Beruntung
Operasi bersepadu pemeriksaan ini dijalankan di kawasan premis perindustrian di Bukit Beruntung
A
A
A

HULU SELANGOR - Dua pemilik kilang dikompaun kerana pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu pemeriksaan di kawasan premis perindustrian di Bukit Beruntung dekat sini.

22 kompaun dikeluarkan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Jabatan Bangunan dalam operasi tersebut dijalankan pada Selasa lalu.

MPHS dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi itu turut melibatkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gombak.

Operasi turut melibatkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gombak.
Operasi turut melibatkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gombak.

"17 kompaun telah dikeluarkan Jabatan Penguatkuasaan di bawah kesalahan Seksyen 46(1)(d) Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan kerana meletakkan tong roro dan guni plastik tanpa kebenaran MPHS.

"Lima lagi kompaun dan satu notis amaran di bawah seksyen 70(11) dan 70(13)(c), Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 pula dikeluarkan Jabatan Bangunan," kata pihak berkuasa tempatan itu di laman Facebooknya pada Jumaat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: