Suspek kes serang Balai Polis Ulu Tiram dipercayai ahli Jemaah Islamiyah - KPN

Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, pada Jumaat. Foto Bernama
Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi tadi, dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, susulan kejadian itu, polis melakukan serbuan di rumah suspek di Ulu Tiram dan menahan lima ahli keluarga lelaki terbabit, berusia 19 hingga 62 tahun.

"Saya juga telah arahkan Bahagian Cawangan Khas untuk mengesan dan mengenal pasti ahli Jemaah Islamiyah yang berada di negeri ini, yang dianggarkan lebih 20 orang,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: