Domino's Pizza Malaysia kecewa komen kaitkan isu 3R, rujuk polis

Semalam, tular gambar resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera dengan kenyataan menyentuh isu 3R di ruangan 'remark' oleh seorang pelanggan yang memesan makanan berkenaan. Foto media sosial
Semalam, tular gambar resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera dengan kenyataan menyentuh isu 3R di ruangan 'remark' oleh seorang pelanggan yang memesan makanan berkenaan. Foto media sosial
A
A
A

GEORGE TOWN - Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian, susulan kes resit yang tular kerana menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja).

Dalam kenyataan hari ini, Domino's Pizza Malaysia berkata, pihaknya tidak bertolak ansur ke atas sebarang diskriminasi atau komen negatif sama ada secara terus kepada pasukannya, pelanggan mahupun komuniti setempat.

"Kami juga kecewa apabila salah seorang pekerja kami berpendapat bahawa berkongsi resit yang mengandungi maklumat peribadi pelanggan di media sosial adalah tindakan betul.

"Kedua-dua tindakan ini adalah salah dan kami mengambil langkah sewajarnya ke atas pelanggan dan pekerja terlibat," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Domino's Pizza Malaysia juga telah merujuk perkara tersebut kepada pihak polis dan berpegang teguh dalam memastikan persekitaran harmoni untuk semua.

Semalam, tular di media sosial satu hantaran gambar resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue di sini, dengan kenyataan menyentuh isu 3R di ruangan 'remark' oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: