Ditembak lima kali, cubaan bunuh PM Slovakia bermotif politik

Fico telah diserang beberapa das tembakan menyebabkan beliau dalam keadaan kritikal.
Fico telah diserang beberapa das tembakan menyebabkan beliau dalam keadaan kritikal.
A
A
A

BANSKA BYSTRICA - Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico yang dilaporkan ditembak pada Khamis sedang bertarung nyawa ketika ini, kata Menteri Pertahanan negara itu, Robert Kalinak dalam sidang akhbar di hospital tempat Fico dirawat.

“Pembedahan itu telah berlangsung selama tiga setengah jam. Keadaan perubatannya sangat kompleks.

“Kami secara khusus memberi tumpuan kepada kesihatan Robert Fico. Dan kami berharap dia akan cukup kuat untuk mengharunginya,” kata Kalinak.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Fico ditembak lima kali, kata Menteri Dalam Negeri, Matus Sutaj Estok.

“Penjenayah menembak lima kali. Perdana menteri dalam keadaan kritikal. Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk menyiasat perkara ini,” kata Estok dalam sidang akhbar.

Sementara itu, Estok berkata, cubaan pembunuhan ke atas Fico adalah bermotifkan politik dan maklumat itu diperoleh berdasarkan temu bual awal dengan suspek.

“Percubaan pembunuhan ini bermotifkan politik dan suspek membuat keputusan untuk melakukannya sejurus selepas pilihan raya presiden,” jelas Estok

"Adalah jelas ini bermotifkan politik," kata Menteri Pertahanan Kalinak yang turut bersama dalam sidang media bersama Eštok.

Artikel Berkaitan:

Kalinak berkata Fico, mengalami pelbagai kecederaan, tetapi tidak memberikan sebarang butiran apabila wartawan bertanya sama ada Perdana Menteri ditembak di perut.

Dalam kejadian semalam, Fico telah diserang beberapa das tembakan menyebabkan beliau dalam keadaan kritikal. - Agensi/ Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico yang dilaporkan ditembak pada Khamis sedang bertarung nyawa ketika ini, kata Menteri Pertahanan negara itu, Robert Kalinak dalam sidang akhbar di hospital tempat Fico dirawat. “Pembedahan itu telah berlangsung selama tiga setengah jam. Keadaan perubatannya sangat kompleks. “Kami secara khusus memberi tumpuan kepada kesihatan Robert Fico dan kami berharap dia akan cukup kuat untuk mengharunginya,” kata Kalinak. Muzik: TwinsMusic - Save Humanity dari Bensound.com Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Slovakia #VideoViral #RobertFico

original sound - Sinar Harian