Bayi terselamat daripada digilis kereta api

 Bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terjatuh di landasan kereta api. - Foto AFP
Bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terjatuh di landasan kereta api. - Foto AFP
A
A
A
UTTAR PRADESH - INDIA. Seorang bayi berusia setahun terselamat daripada digilis kereta api selepas terjatuh di ruang antara kenderaan itu dan platform di sebuah stesen di Uttar Pradesh, semalam.

Insiden yang dirakam orang ramai, menunjukkan kereta api meluncur laju di atas bayi perempuan itu yang jatuh terlentang apabila terlepas daripada dakapan ibu bapanya ketika turun di sebuah stesen di bandar Mathura.

Mereka yang berada di tempat kejadian hanya mampu memandang penuh debar dan berharap bayi tersebut selamat.

Sebaik kereta api terbabit meninggalkan stesen, seorang lelaki pantas mengambil bayi berkenaan yang menangis namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Media tempatan melaporkan, ibu bapa bayi perempuan berkenaan terlepas pelukan ke atas anak mereka akibat penumpang yang berasak-asak ketika keluar dari kereta api.- AFP
Artikel Berkaitan: