Seleweng dana RM1.2 bilion: Dua pegawai kanan badan berkanun direman

Suspek diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.

Kedua-dua suspek yang berusia 50 tahun itu didakwa menyalahgunakan dana itu dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti mana dinyatakan di dalam permohonan.

Suspek direman empat hari bermula 15 Mei selepas Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!