Kompaun merokok pada April bernilai RM1.02 juta - KKM

KKM mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok. Foto hiasan
KKM mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata, sejumlah 7,195 notis kesalahan dikeluarkan daripada 17,719 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang bertujuan mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata, 2,642 kompaun bernilai RM1.3 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

"Sebanyak 437 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan 64 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda bernilai RM140,700,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Muhammad Radzi berkata, sebanyak 6,818 premis makanan telah diperiksa pada bulan lepas, dengan 154 premis diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah bagi menjamin kebersihan premis serta makanan dihidangkan,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: