Akhyar sedia beraksi kembali

Akhyar ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus pada Selasa.
Akhyar ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus pada Selasa.
A
A
A

PEMAIN sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid bersedia untuk diturunkan dalam aksi Liga Super menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad depan.

Menurut Akhyar, keputusan untuk menjalani latihan ringan bersama rakan sepasukan pada petang Selasa bagi mengembalikan keyakinan dirinya semula meskipun masih trauma selepas cedera pada bahagian kepala dipercayai menjadi mangsa samun pada 2 Mei lepas.

"Saya harap keadaan saya semakin pulih dan dapat menjalani latihan dengan pasukan selain dapat beri yang apa saya nak selama ini untuk bantu pasukan.

"Hari ini (petang Selasa) buat latihan ringan sahaja. Saya rasa dua tiga hari lagi dah boleh pulih sepenuhnya dan jahitan di kaki mungkin dibuka pada Rabu.

"Insya-ALLAH... saya akan turun jalani latihan. Semangat memang seperti sebelum ini dan tak ada yang kurang serta beza cuma trauma itu mungkin ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus pada Selasa.

Akhyar (tengah) menjalani latihan ringan bersama ahli pasukan TFC
Akhyar (tengah) menjalani latihan ringan bersama ahli pasukan TFC

Mengulas lanjut, Akhyar turut berterima kasih kepada semua pihak terutama peminat bola sepak yang sentiasa mendoakan kesembuhan dirinya supaya kembali sihat dan pulih.

Artikel Berkaitan:

"Saya nak lupakan kejadian itu kalau boleh. Jadi saya harap semua pihak dapat beri sokongan dan semangat pada saya.

"Terima kasih doakan saya selama ini. Dalam keadaan saya sekarang ini, saya rasa sudah baik sekarang dan harap dapat beri terbaik untuk peminat-peminat nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Akhyar berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

"Setakat ini tidak ada perkembangan berhubung kes itu.

"Saya serah sepenuhnya kepada polis untuk ambil tindakan," katanya.

Sebelum ini, Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800 setelah disamun dua lelaki bersenjata dalam kejadian di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu pada 2 Mei lepas.

Akibat kejadian itu, mangsa yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!