Penghuni 140 rumah setinggan diberi notis kosong kawasan

Penyerahan notis mengosongkan kawasan bagi rumah yang dibina di tanah milik Majlis Daerah Lahad Datu dan POIC giat dilakukan oleh agensi penguat kuasa.
Penyerahan notis mengosongkan kawasan bagi rumah yang dibina di tanah milik Majlis Daerah Lahad Datu dan POIC giat dilakukan oleh agensi penguat kuasa.
A
A
A

LAHAD DATU - Penghuni di kira-kira 140 rumah setinggan yang dibina di tanah milik Majlis Daerah Lahad Datu dan Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) di pinggir pekan dan Batu 7 Silam diberikan notis untuk pengosongan kawasan.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul berkata, itu adalah operasi yang pertama kali dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah tersebut.

"Mereka didapati membina rumah di kawasan milik PBT dan hasil bancian penduduk yang mendiami kawasan ini segelintirnya adalah warga tempatan dan bukan warganegara.

"Kesemua mereka diberikan masa selama 14 hari dari tarikh notis untuk meroboh dan mengosongkan kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya lagi, tindakan itu dilakukan bagi mengekang kewujudan rumah setinggan di daerah itu seterusnya bagi mengelak daripada kawasan tersebut berpotensi menjadi tempat pelbagai aktiviti jenayah.

Sebelum itu, seramai 150 penguat kuasa menyertai operasi penyerahan notis terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Majlis Daerah Lahad Datu, Pejabat Daerah Lahad Datu, POIC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain yang berkaitan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!