X

Kindly register in order to view this article
!

PKR kekal pendirian Anwar calon PM

Anwar
A
A

SHAH ALAM - Majlis Pemimpin Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengulangi pendirian dalam pemilihan presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan wakil parti Majlis Pakatan perlu mematuhi keputusan yang dibuat.

Menurut laporan Malay Mail, semua wakil PKR dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) turut digesa berpegang kepada keputusan yang sama.

Dalam satu sidang akhbar di sini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan sebulat suara mengenai perkara itu telah dibuat pada Januari tahun lalu dan ia mesti dipatuhi.

"Saya juga ingin mengatakan bahawa MPP hari ini juga telah membincangkan perkara berkaitan peralihan (kuasa), terutama sejak minggu ini, banyak pihak memberikan pendapat mereka.

"Maka MPP telah membincangkan dengan panjang lebar dan berikut adalah pendirian MPP yang diambil hari ini.

"MPP mengulangi keputusan yang dibuat oleh biro politik dan juga kongres parti berkenaan dengan kedudukan Anwar, sebagai calon PKR dan juga calon Perdana Menteri PH seperti yang diputuskan pada 6 Januari 2018," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!