Ab Rauf gesa pihak berkuasa pantau pokok di ibu negara

Ab Rauf melihat kenderaan Proton X70 yang dinaiki polis pengiring yang dihempap pokok di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Ab Rauf melihat kenderaan Proton X70 yang dinaiki polis pengiring yang dihempap pokok di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menggesa pihak berkuasa memantau pokok-pokok berada di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, meskipun terselamat dalam insiden terbabit namun berharap pemantauan perlu dilakukan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Menurutnya, dalam kejadian jam 3.30 petang itu beliau berada di lokasi kejadian yang menimpa sebuah kereta ketika dalam perjalanan menghadiri program rasmi.

"Tatkala itu kenderaan saya tidak bergerak memandangkan suasana cuaca ketika itu tidak mengizinkan kenderaan saya bergerak.

"Polis yang mengiringi saya baru sahaja melintas di kawasan tersebut, tapi malang pokok tersebut juga menghempap di bahagian belakang kereta pengiring saya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Difahamkan kenderaan pengiring itu dinaiki lima anggota polis.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan hujan lebat serta angin kuat menyebabkan sebatang pokok tumbang dan hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Jalan Pinang.

Bagaimanapun pokok terbabit tidak mengenai kenderaan yang dinaikinya Ab Rauf, namun kereta pengiring polis jenis Proton X70 yang berada hadapan sekali terkena pokok yang tumbang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!