Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok

Sebuah kenderaan pengiring PDRM yang bertindak sebagai konvoi kenderaan pengiring Ketua Menteri Melaka terlibat dalam kejadian pokok tumbang tersebut. Foto Ihsan PDRM.
Sebuah kenderaan pengiring PDRM yang bertindak sebagai konvoi kenderaan pengiring Ketua Menteri Melaka terlibat dalam kejadian pokok tumbang tersebut. Foto Ihsan PDRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat serta angin kuat menyebabkan sebatang pokok tumbang dan hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Jalan Pinang, dekat sini jam 3.26 petang pada Isnin.

Bagaimanapun pokok terbabit tidak mengenai kenderaan yang dinaikinya Ab Rauf, namun kereta pengiring polis jenis Proton X70 yang berada hadapan sekali terkena pokok yang tumbang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian itu dan pihaknya ada menerima laporan berhubung pokok tumbang terbabit.

Beliau berkata, kejadian pokok tumbang berhadapan Kuwait Bank itu hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka yang mempunyai urusan kerja di Kuala Lumpur.

“Kita sahkan ada kejadian yang berlaku dan tular tersebut.

"Sebarang perkembangan terkini kita akan maklum," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kejadian itu tular di laman sosial yang memaparkan pokok tumpang sebelum menghempap beberapa kenderaan.

Rusdi berkata, tiga kereta orang awam dan lima motosikal termasuk sebuah kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak sebagai konvoi kereta pengiring Ketua Menteri Melaka terlibat dalam kejadian pokok tumbang terbabit.

Artikel Berkaitan:

Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di Jalan Pinang dilakukan pihak DBKL.
Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di Jalan Pinang dilakukan pihak DBKL.

Sementara itu, Pegawai Media Ketua Menteri Melaka, Shahnor Samsudin berkata, ketika kejadian, rombongan Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara sedang melalui kawasan terbabit untuk menghadiri satu urusan rasmi di ibu kota.

"Kejadian pokok tumbang berlaku depan mata. Lokasi di Jalan Pinang berhampiran KLCC, hampir kena kereta bos (Ab Rauf)," ujarnya.

Menurutnya, anggota yang berada dalam kenderaan selamat, bagaimanapun cermin belakang kereta pengiring pecah dan keadaan bahagian belakang kereta juga kemek.

Tambahnya sebelum kejadian, dia dan pegawai-pegawai yang lain di dalam kenderaan terdengar satu bunyi kuat, seakan-akan sesuatu mahu jatuh dan tumbang.

"Kebetulan ketika kejadian saya dan pegawai lain memang sedang berborak tentang pokok tumbang sebab keadaan masa tu memang hujan yang sangat lebat.

"Sekelip mata sahaja betul-betul jadi depan mata dan terkena kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire warna merah depan kami.

"Bagaimanapun, kenderaan itu bukan salah satu daripada rombongan kami," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!