Penunggang motosikal maut jatuh jejambat

Mangsa terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terjatuh dari jejantas Kubang Semang di Lebuhraya BKE pada Ahad.
Mangsa terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terjatuh dari jejantas Kubang Semang di Lebuhraya BKE pada Ahad.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki maut selepas motosikalnya terbabas di atas jejambat Kubang Semang sebelum terjatuh di Kilometer 10.1 Lebuhraya Butterworth-Kulim Ekspresway (BKE) di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira jam 4.40 petang melibatkan seorang penunggang motosikal yang dipercayai terbabas sendiri.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa berusia 60-an menunggang motosikal bersendirian dari arah Seberang Jaya menghala Kubang Semang sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

"Akibat daripada kejadian itu, manga terjatuh ke atas Lebuhraya BKE dan mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan.

Mangsa yang cedera dibahagian muka dan badan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.
Mangsa yang cedera dibahagian muka dan badan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Helmi berkata, siasatan lanjut masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di talian 04-5301342 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!