Program 'Usus Sihat, Ibu Hebat' tarik penyertaan 300 peserta

Hiroki Yanase (dua dari kiri) bersama Jusman (dua dari kanan) ketika menyempurnakan majlis pelancaran sempena program 'Usus Sihat, Ibu Hebat' yang berlangsung di Dewan Arena Square Dungun pada Sabtu.
Hiroki Yanase (dua dari kiri) bersama Jusman (dua dari kanan) ketika menyempurnakan majlis pelancaran sempena program 'Usus Sihat, Ibu Hebat' yang berlangsung di Dewan Arena Square Dungun pada Sabtu.
A
A
A

DUNGUN - Program 'Usus Sihat, Ibu Hebat' yang berlangsung di Dewan Arena Square, di sini pada Sabtu menyajikan pelbagai acara menarik yang disertai oleh kira-kira 300 peserta terdiri dalam kalangan komuniti setempat.

Program anjuran pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd (Yakult) itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Wanita Malaysia (Puspanita) Cawangan Dungun serta Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Dungun.

Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroki Yanase berkata, program komuniti tersebut merupakan inisiatif dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yakult bagi menyemarakkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat terutama golongan ibu.

Menurutnya, program itu diadakan sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia yang diraikan pada Mei ini.

Syairah Zulkifli (kiri) dipilih menerima hadiah kategori ibu hebat oleh Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu sempena program 'Usus Sihat, Ibu Hebat'.
Syairah Zulkifli (kiri) dipilih menerima hadiah kategori ibu hebat oleh Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu sempena program 'Usus Sihat, Ibu Hebat'.

"Sempena Hari Ibu tahun ini kami ingin meningkatkan kesedaran orang ramai termasuk ibu-ibu yang hebat tentang kepentingan penjagaan kesihatan usus kerana 80 peratus daripada sistem imuniti kita berada dalam usus.

"Aktiviti CSR ini selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu pencegahan penyakit di mana Yakult percaya bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Artikel Berkaitan:

"Yakult juga berharap dapat menyebarkan kebaikan probiotik kepada seramai yang mungkin," katanya ketika berucap pada program itu, pada Sabtu.

Hadir sama pada program tersebut ialah Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim.

Turut memeriahkan program itu ialah acara senamrobik anjuran Pejabat Kesihatan Dungun yang disertai peserta Program Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) daerah Dungun.

Selain itu, terdapat pemeriksaan dan ceramah kesihatan oleh pakar perubatan serta pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Sebahagian daripada peserta program 'Usus Sihat, Ibu Hebat' merakam gambar bersama pihak penganjur dan urusetia program tersebut.
Sebahagian daripada peserta program 'Usus Sihat, Ibu Hebat' merakam gambar bersama pihak penganjur dan urusetia program tersebut.

Turut diadakan pertandingan mencipta keunikan minuman Yakult (pertandingan memasak), anugerah ibu hebat dan pertandingan mewarna kanak-kanak mendapat penyertaan tinggi.

"Tiga orang ibu telah dipilih oleh Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu sebagai penerima Anugerah Ibu Hebat berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan melibatkan status indeks jisim badan (BMI), bacaan paras gula, tekanan darah dan paras kolesterol darah terbaik.

"Pelbagai hamper dan barangan elektrik juga disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah," ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti Yakult boleh didapati dengan melayari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!