Remaja 17 tahun ditahan positif dadah

Sebanyak 208 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala 57 motosikal dikenakan tindakan sita.
Sebanyak 208 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala 57 motosikal dikenakan tindakan sita.
A
A
A

TAIPING - Remaja lelaki berusia 17 tahun antara yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth dekat Batu 5 Changkat Jering di sini pada Ahad.

Ujian saringan air kencing yang dilakukan remaja terbabit bersama seorang lagi berusia 20 tahun didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, dua individu terbabit ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, dalam operasi itu, seramai 123 individu berusia 14 hingga 35 tahun bersama 115 motosikal telah diperiksa dengan sebahagian besar merupakan pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan pekerja swasta.

Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth dekat Batu 5 Changkat Jering pada Ahad memeriksa 123 individu berusia 14 hingga 35 tahun bersama 115 motosikal.
Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth dekat Batu 5 Changkat Jering pada Ahad memeriksa 123 individu berusia 14 hingga 35 tahun bersama 115 motosikal.

"Sebanyak 208 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala 57 motosikal dikenakan tindakan sita.

"Hasil pemeriksaan, seramai 12 individu ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, operasi seumpama itu akan terus dipergiat bagi memperkasakan lagi penguatkuasaan undang-undang terhadap gejala samseng jalanan.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 115 motosikal telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth dekat Batu 5 Changkat Jering pada Ahad.
Sebanyak 115 motosikal telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth dekat Batu 5 Changkat Jering pada Ahad.

Katanya, langkah itu juga menjadi satu usaha polis mengurangkan kes kemalangan jalan raya dan jenayah jalanan.

"Orang ramai dinasihati sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas bagi menjamin keselamatan semua pengguna," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!