Pemimpin perlu berhenti menghasut: Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
A
A
A

GUA MUSANG - Sikap pemimpin antara faktor yang boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengakui keadaan itu semakin serius dan membangkitkan kemarahan dengan beberapa isu sensitif dan kempen menghasut pihak tertentu.

"Jika semua berhenti menghasut, tidak akan berlaku perpecahan. Apa yang saya lihat sekarang, ia dalam keadaan yang tidak baik dan menyemai perasaan marah, dengki serta kebencian.

"Itu sebabnya wujud kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony anjuran Sinar Harian dalam usaha menyatupadukan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Kelab Jalinan Ikatan Kasih (JIK) Gua Musang di Dewan Pusat Sivik, di sini semalam.

Tengku Razaleigh menghadiri Majlis Makan Malam Kelab JIK di Dewan Pusat Sivik, semalam.
Tengku Razaleigh menghadiri Majlis Makan Malam Kelab JIK di Dewan Pusat Sivik, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim; ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusoff dan ADUN Paloh, Amran Arifin.

Terdahulu, Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menganjurkan kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony bagi menyatupadukan etnik di negara ini dan mendapat sokongan pemimpin di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia menjiwai Rukun Negara melalui kempen terbabit selain mencadangkan tarikh 13 Mei 2020 dijadikan sebagai Hari Merayakan #MalaysiaHarmoni.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri tumpuan gerakan Kempen Uninstall Kebencian

Elak syak wasangka antara kaum, kata penganalisis

Negara perlu pemimpin betul-betul faham Perlembagaan Persekutuan

Umat Islam perlu kembali kepada ajaran agama Islam