Kebakaran di UniMAP, KPT salur bantuan segera

Kejadian kebakaran yang berlaku di aras bahawa Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, UniMAP awal pagi Sabtu. (Gambar kecil: Zambry)
Kejadian kebakaran yang berlaku di aras bahawa Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, UniMAP awal pagi Sabtu. (Gambar kecil: Zambry)
A
A
A

SHAH ALAM - Susulan kejadian kebakaran yang berlaku di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) awal pagi Sabtu, Kementerian Pengajian Tinggi menyalurkan bantuan segera bagi tujuan kebajikan dan penempatan sementara pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya juga telah menyalurkan bantuan sepatutnya kepada universiti berkenaan dan dalam masa yang sama menasihati pelajar terlibat untuk sentiasa berhubung serta mendapatkan maklumat terkini.

“Saya telah menerima laporan awal yang telah diberikan oleh pihak pengurusan UniMAP. Bangunan yang menempatkan asrama pelajar ini telah dikosongkan dan UniMAP telah mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keselamatan pelajar diberi keutamaan.

Keadaan kenderaan pelajar susulan kejadian kebakaran yang berlaku di aras bahawa Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra UniMAP awal pagi Sabtu
Keadaan kenderaan pelajar susulan kejadian kebakaran yang berlaku di aras bahawa Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra UniMAP awal pagi Sabtu

“Sehingga kini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Sebanyak 36 unit motosikal milik pelajar dan enam buah rumah telah terlibat dalam kejadian kebakaran ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau telah meminta siasatan terperinci dilakukan bagi mendapatkan butiran lanjut kejadian.

“Semoga semua yang terlibat tabah dan KPT akan memastikan segala perkara berkaitan akan diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!