Tinggal baki RM100 saja dalam akaun

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita terkejut apabila mendapati wang dalam simpanannya berjumlah RM59,600 hanya berbaki RM100 selepas diperdaya ahli sindiket Macau Scam.

Mangsa berusia 57 tahun menyedari wang simpanannya berbaki hanya RM100 selepas menyemak semula akuannya petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian itu berlaku selepas mangsa menerima panggilan dan dituduh terlibat kes pengubahan wang haram, 16 Januari lalu.

"Wanita kononnya wakil daripada sebuah syarikat perbankan dan mendakwa akaun mangsa terlibat aktiviti pengubahan wang haram dan mempunyai tunggakan pinjaman peribadi RM50,000 gagal dilunaskan sehingga kini.

"Mangsa menafikan perkara tersebut, namun talian mangsa disambungkan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai polis dan memaklumkan mangsa terlibat kes pengubahan wang haram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akuan pegawai bank yang menghubunginya bagi memastikan wang simpanannya selamat.

"Mangsa diminta memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun selamat dan dia yang panik bertindak mengikuti semua arahan ahli sindiket Macau Scam itu.

"Mangsa bersetuju dan menukar kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengemas kini telefon dalam akaun tersebut seperti minta," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas merasakan dirinya ditipu apabila mendapati wang simpannya lesap.

"Kes ini disiasat mengikuti Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.