Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup

Anwar (kiri) beramah mesra dengan Ahmad Samsuri semasa menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada Khamis. Foto Bernama
Anwar (kiri) beramah mesra dengan Ahmad Samsuri semasa menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan menghadiri taklimat berhubung pembangunan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini.

Ketibaan Anwar pada 3.37 petang disambut Ahmad Samsuri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Mengiringi Anwar ke taklimat itu ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, serta barisan exco kerajaan negeri.

Anwar (duduk, tengah) bergambar bersama Ahmad Samsuri (duduk, empat kiri) dan beberapa jemaah menteri semasa menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada Khamis. Foto Bernama

Taklimat yang berlangsung kira-kira satu jam 15 minit itu, turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar selepas ini dijadualkan hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat negeri Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: