Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC

Mohd Shuhaily ketika bertemu pengamal media selepas meninjau lokasi kejadian simbah asid terhadap pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim di pusat beli-belah pada Khamis. Foto Bernama
Mohd Shuhaily ketika bertemu pengamal media selepas meninjau lokasi kejadian simbah asid terhadap pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim di pusat beli-belah pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya sudah menghubungi dua individu berkenaan untuk diambil keterangan.

"Kedua-dua mereka telah dihubungi semalam (Rabu) untuk diambil keterangan," katanya ringkas ketika sidang akhbar selepas turun meninjau sendiri lokasi kejadian di sebuah pusat beli belah dekat Kota Damansara di sini pada Isnin.

Pada Selasa, Ketua Polis Selangor, Datuk, Husein Omar Khan berkata siasatan lanjut dijalankan berkaitan dakwaan dua ahli pengurusan Selangor FC kemungkinan menjadi sasaran seterusnya susulan insiden menimpa pemain bintang pasukan itu.

Jelas beliau, dua laporan terbabit bersangkut kes Faisal dan ia sebahagian daripada siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, Faisal dilapor alami melecur tahap empat selepas disimbah asid dipercayai oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Susulan itu, polis berjaya memberkas dua lelaki secara berasingan di Pandan Indah, Ampang dan Bangi pada Ahad serta Isnin lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: