KKM keluar kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam masa terdekat

KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin Covid-19 keluaran gergasi biofarmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca dalam masa terdekat. Gambar hiasan
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin Covid-19 keluaran gergasi biofarmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca dalam masa terdekat. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin Covid-19 keluaran gergasi biofarmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca dalam masa terdekat, kata menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"KKM akan mengeluarkan kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam masa terdekat, harap bersabar,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2024 di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Agensi Ubat Eropah (EMA) dalam kenyataan awamnya pada 27 Mac 2024 memaklumkan Suruhanjaya Eropah (EC) menarik balik kebenaran pemasaran untuk vaksin dinamakan Vaxzevria, keluaran AstraZeneca di Kesatuan Eropah (EU) pada tarikh yang sama.

Menurut EMA, penarikan balik itu adalah atas permintaan pemegang kebenaran pemasaran, AstraZeneca AB yang memberitahu suruhanjaya berkenaan tentang keputusannya untuk menghentikan pemasaran produk secara kekal atas sebab-sebab komersial.

Vaxzevria telah diberikan kebenaran pemasaran bersyarat di EU pada 29 Jan 2021, untuk imunisasi aktif terhadap Covid-19. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: